Kelas Membuat Jadual Aktiviti Harian (Microsoft Word) Dan Advokasi

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020 yang lalu, Pusat Internet Kg Luak telah mengadakan kelas membuat jadual aktiviti harian (Microsoft Word) dan advokasi kepada 4 orang peserta. Kelas yang diadakan telah mengikut SOP yang ditetapkan seperti mencatat nama peserta, pengesanan suhu badan, kebersihan diri, penjarakan sosial dan memakai penutup mulut dan hidung. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai kemahiran dalam membuat jadual belajar dan aktiviti harian. Selain itu, kelas seperti ini dapat membantu peserta mengetahui fungsi yang terdapat dalam Microsoft Word dan memudahkan mereka untuk melakukan tugasan penghasilan jadual pada masa yang akan datang.

Pendedahan kelas seperti ini mampu melahirkan komuniti yang berdaya saing dan berpengetahuan dalam kemahiran asas Microsof Word. Tambahan pula, peserta didedahkan dengan video advokasi seperti e-waste dan check your label untuk memberi pengetahuan kepada peserta mengenai teknologi terhadap alam sekitar dan menjadi pengguna teknologi yang bijak. Konklusinya, semua peserta dapat memahami kelas yang diadakan dan dapat menghasilkan jadual belajar dan aktiviti harian untuk menjadi rujukan harian kepada mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali